Thursday, October 6, 2011

Ayam Masak Cendawan

Bahan-bahan:

Semangkok isi ayam dan sedikit tulang ayam
2 ulang bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
Carrot
Kacang buncis
Cendawan kembang (yang mcm kipas tu) - xpasti nama apa
Garam/Gula/lada sulah/lada hitam
Stok ayam aka air rebusan ayam atau guna kuib ayam - xnk guna pun ok
2 sudu besar sos tiram
2 cawan air kosong
Minyak untuk menumis
Tepung jagung

Cara Membuat: 
1. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan gorengkan seketika dalam separuh masak.
3. Masukkn air dan rebus seketika. Masukkn juga kiub ayam.
4. Masukkan semua bahan2 lain dan renihkan seketika.
5. Masukkan sayu-sayuran dan juga cendawan dan kacau.
6. Setelah agak masak, masukkn bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
7. Makan bersama nasi panas/mee/bihun/roti.

Selamat mencuba :D

Lasagna Ayam Ala KAMI

Bahan-bahan:

Sekotak kepingan lasagna

(Untuk Isi) - Semuanya digoreng sehingga sedikit berminyak
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 keping daun bay
Herba-herba seperti -Rosemary, tyhme, oregano, dill, daun ketumbar dan etc.
Daging kisar -  ayam/lembu RAMLY
Minyak Zaiton
Cendawan
Carrot, Celery

(Untuk Paste Sos Putih) - Masak Mentega dan masukkn tepung. Masak seketika dan masukkan bahan2 yang lain.
Mentega + Sedikit Minyak
Tepung Gamdum
I kotak besar Fresh Milk Dutch Lady
Garam
Gula
Lada Sulah
1 kotak kecil Fresh Creme (Jika Ada)

(Untuk Sos Merah)
Boleh gunakan sos spagetti prego
Tomato Puri
Sos Cili
Bawang Putih
Oregano

Cara Membuatnya:
1. Griskan loyang dengan minyak atau mentega.
2. Susun kepingan lasagna
3. Letakkan sos putih, sos merah dan isi daging.
4. Tutup semula dengan sos merah dan sos putih.
5. Susun lagi kepingan lasgna. Ulangi langkah 3-4.
6. Untuk bahagian atas, letak sedikat sos merah dan putih. Tutupkan dengan hirisan cheese .
7. bakar dengan suhu sederhana 160-190.
8. Makan dengan sos cili dan salad tomato dan kentang :D

Tips: Buat sos putih dan sos merah lebih supaya kepingan lasgna lembap dan mudah lembut. Ini kerana, anda tidak perlu merendam kepingan lasagna seperti spagetti. Cover kuah byk2 pun xpa janji tutup semua.

Selamat mencuba :D

Puding Roti aka Bread Puding

As promised yang telah sekian lama hehe, this is my first recipe :)

Bahan - bahan:

(Untuk puding roti):
2-3 tin susu cair/susu segar
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
3-4 sudu besar gula pasir
buah-buahan campuran (boleh guna utk buat kek buah atau buah dari tin seperti peach, longan dan sebagainya. Boleh juga guna kismis hitam)
secubit garam
1 buku Roti Gardenia  - di potong empat
mentega

(Untuk Kuah Kastard)
1 tin susu cair
5-6 gula pasir
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
Air

Cara Membuatnya:
1. Panaskan oven 15 minit bersuhu 180 darjah celcius.
2. Pukul semua bahan untuk membuat puding roti sehingga sebati dan biarkan seketika.
3.Griskan loyang dengan mentega. 
4. Susun roti dan buah-buahan campuran secara bertingkat-tingkat.
5. Tuangkan adunan susu tadi ke dlm loyang. Biarkan roti tenggelam dan biarkan seketika untuk roti mengembang.
6. Letakkn sedikit mentega di atas puding roti di dalam loyang dan bakar selama 30 minit dengan suhu sederhana (160 - 180)

7. Masak susu atas periuk kecil bersama gula, tepung kastard, garam dan esen vanila dengan agak mendidih.
8. Masukkan campuran tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah kastard. 
9. Boleh ditambah air sekiranya kuah kastard pekat.
10. Sediakan puding roti bersama kuah kastard. Hidangkan bersama sos strawberi atau blueberry dan juga ais krim vanila. Sedap mehh :D

Selamat Mencuba :)

p/s: Gambar diupload kemudian