Thursday, October 6, 2011

Puding Roti aka Bread Puding

As promised yang telah sekian lama hehe, this is my first recipe :)

Bahan - bahan:

(Untuk puding roti):
2-3 tin susu cair/susu segar
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
3-4 sudu besar gula pasir
buah-buahan campuran (boleh guna utk buat kek buah atau buah dari tin seperti peach, longan dan sebagainya. Boleh juga guna kismis hitam)
secubit garam
1 buku Roti Gardenia  - di potong empat
mentega

(Untuk Kuah Kastard)
1 tin susu cair
5-6 gula pasir
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
Air

Cara Membuatnya:
1. Panaskan oven 15 minit bersuhu 180 darjah celcius.
2. Pukul semua bahan untuk membuat puding roti sehingga sebati dan biarkan seketika.
3.Griskan loyang dengan mentega. 
4. Susun roti dan buah-buahan campuran secara bertingkat-tingkat.
5. Tuangkan adunan susu tadi ke dlm loyang. Biarkan roti tenggelam dan biarkan seketika untuk roti mengembang.
6. Letakkn sedikit mentega di atas puding roti di dalam loyang dan bakar selama 30 minit dengan suhu sederhana (160 - 180)

7. Masak susu atas periuk kecil bersama gula, tepung kastard, garam dan esen vanila dengan agak mendidih.
8. Masukkan campuran tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah kastard. 
9. Boleh ditambah air sekiranya kuah kastard pekat.
10. Sediakan puding roti bersama kuah kastard. Hidangkan bersama sos strawberi atau blueberry dan juga ais krim vanila. Sedap mehh :D

Selamat Mencuba :)

p/s: Gambar diupload kemudian

No comments: